assalamualaikum,,
haa,,tjuk kali ni ttg deria ke-6,,
mm pe deria keenam tu ek? jom kt bce article ni,,
Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap
manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia
dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini
pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian
manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak
hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun
sesuatu pertimbangan.
Amati peristiwa ini :
Ameer mencapai sebiji epal dari dalam peti sejuk. Pada masa yang
sama, dia terpandang semangkuk bubur kacang di sebelah mangkuk buah
epal tersebut. Ameer menutup kembali peti sejuk itu lalu beredar ke
ruang tamu. Dia berselisih dengan isterinya yang sedang bergerak
menuju ke ruang dapur sambil tersenyum manja. Ketika terpandang wajah
si isteri, hatinya pantas berdetik, `kalaulah bubur kacang tu
dipanaskan semula… dapat makan bubur kacang petang-petang macam ni
pun bagus juga…'
Namun kata-kata itu tidak diluahkan kepada isterinya. Walau
bagaimanapun, selang 15 minit kemudian, si isteri datang semula ke
ruang tamu dan duduk di sebelahnya dengan membawa bersama semangkuk
bubur kacang yang telah pun dipanaskan…
Apa sebenarnya?…
Apa sebenarnya yang mendasari kejadian antara Ameer dengan isterinya?
Adakah benar ia sesuatu yang dinamakan sebagai komunikasi gerak hati
atau ia sekadar suatu kebetulan? Pasti kita pernah menghadapi keadaan
yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Ameer. Pada suatu
ketika, kita terasa rindu pada seseorang, pada masa yang sama telefon
berdering dan tanpa diduga, insan yang kita rindui itu berada di
hujung talian – seolah-olah tahu kita sedang merinduinya!
haa,,prnh x korg mngalami cmni? kter slalu jgk la gni,,,bru2 nk type msg 4 my mum,ma pn msg,,hihi,,ma tau anaknye mrnduinyer,,,hihi,,
Terdapat 2 kemungkinan berlakunya fenomena seperti yang dinyatakan
tadi. Kemungkinan pertama ialah ia berlaku secara kebetulan dan tidak
disengajakan. Kebetulan sahaja perlakuan antara dua individu itu
seiring pada satu masa yang sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang
cukup istimewa untuk dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis.
Kemungkinan yang kedua juga merupakan satu kemungkinan yang tidak
mustahil boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai komunikasi gerak hati
atau naluri. Naluri yang mendesak dalam hati seseorang itu adalah
sesuatu yang unik dan ia bergantung kepada kuasa dalaman seseorang
individu meneroka alam psychic. Kelebihan ini tidak semestinya
dimiliki oleh setiap orang. Individu yang memilikinya juga tidak
semestinya boleh menggunakan naluri mereka sesuka hati. Itulah yang
disebut sebagai satu keunikan. Ia hadir hanya pada masa dan saat-saat
tertentu sahaja.
Berbalik kepada kebolehan seseorang menguasai dan meneroka alam
psychic, sesetengah manusia yang mampu mengawal naluri dan gerak
hatinya dengan baik memungkinkan dia memiliki satu kuasa dalaman yang
digelar sebagai `keistimewaan deria keenam'. Segalanya mungkin
bermula daripada khayalan yang palsu dan terbawa-bawa ke alam nyata.
Namun, anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada
sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psycic
menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya.
Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan
salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya
dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-
beza.
Antara naluri dan firasat…
Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah
gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri.
Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas
pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada
perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.
Amati 2 keadaan ini :
1. Azmin tiba-tiba terasa hendak pulang ke kampungnya hari itu.
Hatinya benar-benar ceria. Kerja di pejabat berjaya diselesaikan
seperti yang diminta oleh majikannya. Sepanjang perjalanan pulang ke
rumah, hatinya begitu mendesak agar dia pulang menemui kedua ibu
bapanya. Setibanya di kampung, dia ternampak ibunya duduk di muka
pintu seolah-olah mengetahui yang dia akan pulang hari itu.
2. Sewaktu hendak pulang semula ke rumah sewanya, Azmin mendapati
bahawa keadaan keretanya tidak begitu memuaskan. Terdapat bunyi yang
tidak menyenangkan keluar dari bahagian enjin. Hatinya mula berasa
tidak selesa. Dia mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan keretanya
akan rosak di tengah jalan. Hatinya mendesak agar dia singgah
terlebih dahulu ke mana-mana bengkel terdekat sebelum pulang ke rumah
sewanya semula.
Dalam dua keadaan di atas, peristiwa (1) adalah perlakuan dan
pertimbangan yang dibuat berdasarkan naluri dan gerak hati. Ia datang
dari dalam diri Azmin secara tulen dan tidak dipengaruhi oleh faktor
luaran yang mendesak agar dia pulang ke kampungnya.
Peristiwa (2) pula adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat
berdasarkan firasat semata-mata. Kebenarannya belum terbukti kerana
kereta tersebut belum tentu akan mengalami kerosakan di tengah jalan
seperti yang diramalkan oleh Azmin sendiri.
Naluri dan firasat adalah sesuatu yang amat berbeza dan seringkali
mengelirukan. Keduanya bergerak selari dan hampir seiring. Namun
nyata, naluri adalah deria keenam yang cukup istimewa sementara
firasat hanya sekadar satu ramalan yang dipertimbangkan oleh akal dan
perasaan.
Peliharalah naluri…
Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu
anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar
dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang
seringkali dianggap sebagai `pembunuh' kepada keistimewaan anugerah
Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan
kita dengan kasih sayang. Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang
tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah
keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin…
Oleh :Badiuzzaman_Said_Nursi
http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=77173
No comments:
Post a Comment