Assalamualaikum, salam satu Malaysia..
Cheewaah..dah pandai bersalam-salam satu Malaysia pulak
kan..haha..almaklumlah, dah keluar dari kepompong sejak “berindustrial training”
ni..
Orite..ini kisah sebenarnya sudah lapuk dek zaman, tapi nak
jugak dishare kan di sini sebagai kenang-kenangan di zaman tua-tua
nanti..sekurangnya, boleh baca balik experience masa 1st day
industrial training ni kan..sebabnya, sejak dah keluar zaman persekolahan, I dah
x ade diary-diary ni..masa zaman sekolah je, konon nya nak berdiary jugak bila
tengok “orang-orang besar” ada diary..haha
Industrial training or as known as latihan industry atau Li atau
praktikal..apa-apa jela..yang memberi peluang dan ruang-ruang untuk mahasiswa/I
“menjengok” dunia luar mengenai bidang kerja di luar sana..ye lah, dalam
lecture hall, of course banyak belajar teori..haa time ni la, masa nya untuk
membuka mata seluas-luasnya tentang praktikalnya apa yang dipratikkan di dunia
kerja yang sebenar based on teori yang dipelajari dalam class..
Ok, I dapat berpraktikal di Pejabat MARA negeri Pahang,.
On 18th July, bangun seawal 6 pagi..serius
berdebar..syukri, my classmate call to confirm whether Pahang holiday sempena
Isra’ Mikraj..waah yeke? Ni yang excited ni..rupanya, negeri Sembilan je cuti
cik abg oii..Pahang tetap berkeja..so, siap2 cepat..xpayah nak berangan nak
tangguh kan masa start praktikal! Haha..
pukul 7.15 minit pagi, dah bertolak ke Plaza Gambut..dari dalam kereta lagi,
classmate bermesej2, tihah & sarah..semua mesej2 nak hilangkan debaran di
dada..pagi tu, ayah yang hantar..waa debar! Kalau boleh, nak ajak ayah temankan
gi lapor diri untuk praktikal! Macam 1st day nak lapor diri kat
sekolah, tuisyen, PLKN, matrix & kat UTM..
Haa tunggu pukul 8, g tanya kat kaunter, nak jumpa En. Zainodin,
Penolong Pegawai Tadbir bahagian Pentadbiran yang selalu I call untuk
menempatkan diri di sini tu..tapi akak kat kaunter cakap, En. Zainodin masuk
kerja pukul 8.30 pagi! Oh my! He said, to come before 8 a.m..
but, it’s ok..i
still tunggu di luar, bersama seorang gadis..waa ingat ada student praktikal
jugak, rupanya, dia ada interview untuk melayakkan diri sambung belajar dengan
tajaan MARA..kembali bersemangat bila ada member berborak2, hilang
nervous+hidung mula kembang2 sebab die puji I kelihatan muda remaja walau dah
umur 22tahun! See! Haha.. :p
Then, dia dah nak berangkat ke tempat interview, terus mesej
ngan tiha, sarah..then, gi kacau Qam, Amni, Ida, Farah & Ira..i want to
know their situation right now! Haha,,punya lah busy masa tu! Handphone asyik
full messages je! Sebab mesej berduyun-duyun nak masuk..haha..
Ok2, bila En. Zainodin dah masuk kerja, I dijemput masuk seperti
tuan puteri..haha perasan!
Jumpa ngan En. Zainodin, orangnya agak berusia..ala-ala kebapaan
gitu..and nice to know him sebab die yang bersusah payah antar permohonan I untuk
practical kat situ & hantar ke ibu pejabat MARA di KL..thanx sir! I dibekalkan
“pass masuk” ofis..yang perlu dibawa tiap kali keluar masuk ofis, kalau xde,
mau masuk macam mana maa..dapat “punch card” jugak..After dis, I’ll called him
as cik din..Cik din cerita pasal MARA serba sedikit..
then, tetiba loceng
berbunyi? Eh ada loceng? Apa tu? Tanda dah masuk kerja ke? Haha..macam zaman
sekolah..rupenya, bila bunyi benda alah tu, ada bacaan doa, then diikuti
pengumuman pada hari tu, iaitu kehadiran I as practical student selama 3 bulan
di situ..after that, disusuli dengan senaman ringan..ni part yang paling comel
lah untuk working culture kat ofis ni..senaman ringan dibuat dari kepala
hinggalah senaman kaki..simple je..juz berdiri & bersenam di tempat
masing2..memang comel bila tengok dorang bersenam dengan suit coat, heels nye,
baju kurung, and of course with make up! Hahaha..
After that, cik din bawak I jumpa Timbalan Pengarah Negeri
Pahang (TP)..waa dah start nervous! TP ni boleh tahan serius jugak muka
die..tapi lawa sangat die..bila die start bercakap, lagi luluh jantung! Serius strict
orangnya!
“pukul berapa masuk kerja”
“pukul 8 pagi,puan..”
“Pukul berapa balik?”
“pukul 5 petang, puan”
“yes, tapi tak bermakna, tepat pukul 5 petang, awk dah tercegat
depan pintu, faham?”
“faaaahhaaam, puan..”
nak nangis time tu..dengan mata nya yang
bulat, membuatkan I macam anak kecil yang diberi warning oleh mak tiri je!
Lepas selidik pasal course I, she said..
“awak bawah kawalan saya! Please take paper there!”
ah..nasib i "pandai" english tau..banyak cakap bahasa minah salleh la pulak..
ah..i ambik paper kat printer tu..then die tulis
something..guess what? Dia tulis task minggu tu..oh my! So surprise lol..
| "surprise from TP on my 1st day!" |
Next, dah dapat partition untuk I duduk sepanjang praktikal tu,.masa
tu, xtau nak start buat apa..ah berkenalan ngan akak depan partition I, die dah
berusia, lingkungan akhir 40-an..Namanya, kak Zah..ah layaannnn..tapi die
sepatah tanya, sepatah jawab..and die x berminat nak tanya pasal i..:’(
Berkenalan ngan akak yang kena alihkan file2 yang banyak kat
tempat i..yela, sebelum ni xberpenghuni tempat tu, memang jadi tempat
penyimpanan file la..die macam tegas jee..ah biarlah..maybe die marah kot, die
tengah busy, cik din suruh die pulak kemaskan file tu..dah la die pegawai unit
pembiayaan..nama akak tu, kak Nora..
Masa xde kerja tu, I juz baca magazine..ala baca magazine MARA
je pun, bukan baca doraemon, Ujang atau anak-anak sidek pun.. Kak Zah sound..”jangan
baca benda yang xberkait, nanti orang tengok, x elok..kalau xde kerja, mintak
kerja..” waaa percuma dapat teguran tu!
Suddenly, Kak Nora datang, bagi envelope yang banyak! (my 1st task)
“Awak bukak envelope ni, keluarkan surat dalam envelope, then
stapler..”
ok..settle!
“awak masuk sistem HPUX, click
bla..bla..bla..bla..bla..bla..(waarh banyak la step ni! Dah la instruction laju
pulak tu!) then semak bayaran yang dibayar oleh peminjam..catat amaun yang
dibayar”
Suara-suara sumbang di belakang..
“warh, 1st day, dah kena bukak sistem..kak Nora la yang bagi kerja
ni..bla..bla..bla..”
Ah..dah xde mood! Tadi rasa seronok jugak bila masuk dalam
sistem ni, then bila ada suara sumbang yang cakap macam tu, rasa luntur la
pulak mo0d! rasa nak nagis lagi! sebab rasa macam kena buli pulak,.ah layaaaaann..
ok, settle!
Cik din dah emelkan data-data tanah mara yang perlu
kemaskini..and I got my own task..and now, juz focus on it..
Ok, fine, waktu minum pagi..ramai yang minum pagi, tapi dorang x
ajak pun i..kecil sekecil-kecilnya hati yang sedia ada kecil ni..(my love
always said, ati I kecil ,sebab tu sensetif sangat! :p..)
Anyway, xpelaa..then, mase lunch hour, 1 p.m till 2 p.m..still
no one offer me to lunch together..tapi xpe la, I pergi surau dalam ofis, nak
solat zohor..guess what? I Nampak ada akak staff baring2, then sorang tolong
picit kaki die..dorang x tegur I, I pun xtau nak mencelah macam mana sebab
dorang tengah bersembang..sesuatu yang mengejutkan bila I dengar akak yang
baring & kaki sedang diurut tu berkata “ni yang suka ni, kalau sakit2,
datang ofis, ada orang boleh tolong urut..”
hati jahat I berkata, waa jangan
aku jadi mangsa tukang urut sudah! Xrelaa.. at last, I sempat berkenalan ngan
dorang..Kak Eli, Kak Nita & Kak Zah..Kak Nita duduk kat Indera Sempurna
jugak..
Ok fine, ada seorang akak datang tempat I, suruh isi form student
practical also akak tu suruh I buat macam logbook untuk antar kat MARA at the
end of practical..jadi, setiap task & arahan siapa task tu, I akan rekod..akak
tu, friendly giler..umur dalam 30-an, kak sufizah..she also stayed at indera sempurna..
Yeah! 5 p.m..i masih ingat pesan TP tadi larh..
Ok fine, semua giler berkerja ke ni, kenapa semua xnak angkat
punggung lagi ni? Ok, buat-buat main PC, susun document, ahaha.. 5.15 p.m, ada
seorang staff bergerak & I pun punch card lalu beredar! Hahaha,,berakhir
lah 1st day practical!
Balik ayah ambik, terasa macam zaman sekolah dulu kala sebab
terus je berceloteh the whole things happen kat ofis tadi kat ma & ayah..dan
nangis! Tension laaa.. :’(
Terus berfacebooking, tengok gelagat coursemate lain, and shared
experience masing-masing..
Ok, that’s all my 1st day practical story..
No comments:
Post a Comment