assalamualaikum..
erm tengok post entry kali ini..GADUH..maksud di sini bukan gaduh-gaduh sayang, atau gaduh-gaduh manja..tapi gaduh betul-betul tu,.alaaa yang pakai senapang, pistol tu..kaki tangan sume naik tu..hahaha tak lah tu dah melampau lah kan siap senjata lagi tu..dalam konteks kali ni, gaduh yang disebabkan mulut lah biasa nya..kan ada pepatah, "kerana mulut, badan binasa"..well, hati-hati dengan mulut u'olsss tau..
terpapar nya post kali ini sebab, kelakar bila ada seorang kawan bertanya, "tak pernah bergaduh ke dengan geng awk?" wah..macam perlu je kan bergaduh dalam persahabatan..ibarat macam tak sah la pulak kan bila tak bergaduh..haha..ingat ni masa zaman sekolah rendah atau tadika ke, sikit-sikit "xnak kawan awk!", sikit-sikit, "kite bagi tau mak kite sebab awk ambik barang kite..", "awk kawan dengan A, kite xnak kawan awk sampai bila-bila..." haha..dan..berterusan lah bermasam muka, bukan setakat bermasam muka, tapi siap jeling mata, jelir lidah, semua ada! maka, akan "kawan balik" bila bersalaman..haha..
inilah pengalaman zaman sekolah rendah atau tadika dulu-dulu kala! tak matured kan?
so, jawapan untuk pertanyaan kawan tadi, "tak pernah bergaduh ke dengan geng awk?"
sebab kita kan dah matured, buat apa nak gaduh-gaduh..kita kena terima kekurangan mahupun kelebihan dia..kalau tak puas hati, boleh cakap terus terang dengan nada lembut..tak ada salahnya! kalau rasa nak maki atau dah tahap nak meletup sangat, beristighfar lah..tak ada ruginya kita bersabar atau beralah..
bukan nak pandai-pandai bagi nasihat, tapi..sejak dah "dewasa" ni, rasa macam tak perlu kot nak bergaduh-gaduh..
tepuk dada, tanya lah diri, "PERLU KE BERGADUH DALAM PERSAHABATAN?"
No comments:
Post a Comment