cuti mid sem kali ini, memang betul-betul ronda-ronda..ronda dengan famili tercinta, tersayang, terbilang an sebagainya..haha..serius seronok! tapi yang x seronoknya, x cukup "geng" (kak cik & hery x ada.. -kak cik dengan annual camp palapes kat Melaka whereas hery pulak, sibuk dengan preparation SPM untuk next, next, next paper).. :'(
hari jumaat (9/11/12) : dari UTM Skudai, i bertolak balik ke Kuantan, Pahang Darul Makmur..
hari sabtu (10/11/12), *tarikh comel* : bertolak bersama famili ke Kelantan..singgah sebentar di MRSM Besut melawat adik tercinta bersama alatan BBQ, (ayam, kerang, hotdog, fishcake dll) untuk makan-makan hery bersama kawannya..Malam sampai di Chalet ayah di Kuala Tiga, Tanah Mera, Kelantan..
hari ahad (11/11/12) : bersibuk ke rumah sepupu di Tanah Merah, Kelantan..meraikan majlis persandingan di sana..hepy married!
hari isnin (12/11/12) : duduk relax-relax di chalet ayah.. aktiviti petang, kopek kulit kelapa! huh, berpeluh wooo..
hari selasa (13/11/12) : ke Pasir Mas, Kelantan..majlis menyambut menantu sepupu..
on the way balik, singgah ke Mundok, Thailand..sawaadikap! haa kat sini, nak kena menyeberang perahu untuk sampai ke "syurga beli-belah" ni..warh banyak tudung-tudung, beg-beg, kasut, baju, comforter, hasil kraf tangan, buahan, beras siam, dll..rambang mata weh.. *details on next entry
hari rabu (14/11/12) : ke Gua Musang, melawat mak cik sedara x berapa nak sihat..warh sini betul-betul seronok! baru real kampung! nak tau sebab apa? kat sini, macam-macam ada..nak serai? nak daun limau purut? nak makan burung? ayam kampung? burung puyuh? ikan? buah durian? duku? semua ada! serious seronok sangat bertandang di rumah mak cik ni..di Felda Chiku, Gua Musang..
*Ayah sedara (ayah Yie) memang rajin..sebab tu, kawasan lapang di sekitar rumah x dibiarkan macam tu je..dibersihkan & dikemaskan seadanya untuk penternakan, penanaman..betul-betul menggunakan "aset tanah" sebaiknya..
hari khamis (15/11/12) : bertolak ke Cameron Highlands..heee dah pergi kali keempat! 1st masa darjah 6, rombongan SK. Bukit Kuang, Kemaman..2nd, rombongan Matrix Perlis bersama rakan kelab, 3rd, rombongan bersama mahasiswa/i UTM, kos Sains Pentadbiran & Pembangunan Tanah..and 4th, bersama famili kali ni! yey! berjalan sana sini sampai letih! jem giler time cuti-cuti sekolah ni! selama 3 kali pergi CH sebelum ni, x pernah jem, but this time, mengalami jem! kesian ayah membawa Exoranya naik bukit, dalam jem pulak tu! hampir maghrib, turun ke Tanah Rata untuk cari penginapan.. *details on next entry
Hari Jumaat (16/11/12) : sambung jalan-jalan lagi..naik ke Brinchang semula untuk shopping-shopping! ma paling excited! beli kaktus untuk tambah koleksi..ayah sibuk beli sayuran & buahan..anak-anaknya sibuk tengok "barang-barang comel" haha..dalam pukul 2.00 petang, bertolak balik ke Kuantan..
Hari Sabtu (17/11/12) : melawat sedara-sedara sebelah ma di Kuantan untuk bagi buah tangan dari CH dan kampung..
Hari Ahad (18/11/12) : hanya di rumah, mula gelabah untuk siapkan PSM Bab 2..malangnya, idea x muncul-muncul,.so, tutup buku & packing barang nak balik UTM pada malamnya..8.45 malam, bertolak ke UTM..
*see! my holiday was full! memang x ada masa nak fokus dengan "kerja sekolah"..waa sorry, teacher!
No comments:
Post a Comment