![]() |
| Taugeh Kasar Goreng (*ini pic sebelum masak..hehe) |
Assalamualaikum..
Resepi kali ni, mengenai taugeh kasar..Taugeh kasar ini lebih kurang dengan taugeh biasa, cuma agak kasar..*sila rujuk gambar di atas untuk kepastian..
Resepi kali ni, mengenai taugeh kasar..Taugeh kasar ini lebih kurang dengan taugeh biasa, cuma agak kasar..*sila rujuk gambar di atas untuk kepastian..
Tauge kasar ialah tauge yang dicambahkan daripada kacang soya. Ia adalah antara bahan masakan terkenal di Korea seperti kongnamulguk atau sup tauge kasar. (sumber : wikipedia)
Terbaca fakta ini, cukup membuatkan nikilah teringat kepada salah seorang sahabat yang berpeluang ke Korea..Dia menunjukkan gambar makan-makanan yang dikatakan sedap yang dirasai di sana..Katanya, sayur tu sedap dimakan dan tak dijumpai di Malaysia..Dan..dia menunjukkan gambar taugeh kasar..ok, fine..taugeh kasar ni mungkin asing bagi dia, tapi tidak bagi nikilah & family..Ini merupakan salah satu sayur kegemaran kami sekeluarga..Taugeh ni lebih sedap dari taugeh biasa..memang jarang dijumpai, tapi ada dan wujud di Malaysia..Kebiasaanya, ayah akan beli di pasar..
Taugeh ni, banyak sangat khasiatnya..Jom, check it out!
Bagi kaum lelaki pengambilan taugeh mampu membuatkan sperma yang dihasilkan makin baik.
Begitu juga wanita, taugeh berkesan membantu kesuburan telur. Khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Panjang lah pulak bebelan kali ni, ok..jom memasak!
Bahan-bahan :
Taugeh kasar
Tauhu kering
Kucai
Bawang putih & bawang merah
Lada kecil
Belacan
Cara-cara :
1. Blender Bawang putih, bawang merah, lada kecil dan sedikit belacan..Kalau rajin, tumbuk guna lesung batu lagi ok..*nanti masa menumis, bau semerbak kalau tumbuk cara tradisional ni..
2. Panaskan api, masukkan minyak dalm kuali..Masukkan bahan yang dikisar tadi..Tumis sehingga naik bau..Tambahkan sedikit air..
3. Agak-agak dah mendidih bahan dalam kuali tadi, masukkan garam..
4. Masukkan tauhu kering, taugeh dan kucai..Masak sekejap je supaya tak over cook..
5. Boleh masukkan kicap sedikit kalau suka..
6. Siap!
Simple je kan? orang bujang pun boleh masak kan..hee..
btw, kombinasi yang sesuai bila masak taugeh ni, mesti ada tauhu dan kucai..memang sepadan lah!
kekekeke..
Selamat mencuba..

No comments:
Post a Comment